Wednesday, April 20, 2016
Pangsapuri Untuk Sewa
TO LET:
Apartment Kelisa Ria,
Jalan Kelisa 1, Kg Sg Tangkas, Bangi,
43000 Kajang, Selangor
Friday, June 26, 2015
Ulasan Surah Al-Ma'adah
AL-MAA’DAH (hidangan),
Surah Al-Maidah terdiri dari
120 ayat termasuk golongan surah Madaniyyah. Sekali pun ada ayatnya yang turun
di Mekah, namun ayat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke
Madinah, iaitu diwaktu haji wadaa’.
Surah ini dinamakan
“al-Mai’dah” (hidangan) , kerana memuat kesah pengikut-pengikut setia Nabi ‘Isa
a.s. meminta kepada Nabi ‘Isa a.s., agar Allah menurunkan untuk mereka
Al-Maidah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan dengan
“Al-Uqud” (perjanjian), kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini,
dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba Nya memenuhi janji prasetia mereka
terhadap Allah dan perjanjian-perjanjia yang mereka buat sesamanya.
Dinamakan juga
“al-Munqidaz” (yang menyelamatkan),
kerana akhir surat ini mengandung kisah tentang Nabi ‘Isa a.s. Penyelamat pengikut-pengikut setianya dari
azab Allah.
.
Sumber 1;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al-Maidah (1~120),
Sumber 2;
Surah 4 (An-Nisa)
Surah 4:
AN-NISA’ (wanita),
Surah An-Nisa’ yang terdiri
dari 176 ayat itu, adalah surah
Madaniyyah yang terpanjang sesudah surah Al’Bakarah.
Dinamakan An’Nisa kerana
dalam surat ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubungan dengan wanita serta
merupakan surah yang paing banyak membicarakan hal itu dibanding dengan surah
yang lain. Surah yang lain yang banyak juga membicarakan tentang hal wanita ialah surah At’Talaq. Dalam hubungan ini biasa disebut surah
An’Nisa dengan sebutan; “Surah An’ Nisa Al-Kubraa” (surah An’Nisa yang besar),
sedang surah At’Talaq disebut dengan sebutan; “Surah An-Nisa Ash-Shughraa”
(surah An’Nisa yang kecil).
Khatam terjemahan
ayat-ayat An-Nisa (1~176)(177)**
Surah 3 (Al-Imran)
Surah 3:
ALI’IMRAN (keluarga ‘Imran),
Surah “Ali’Imran” yang
terdiri dari 200 ayat ini adalah surah
“Madaniyyah”. Dinamakan Ali’Imran kerana memuat kisah keluarga ‘Imran yang
didalam kisah itu disebut kelahiran Nabi ‘Isa a.s, persamaan kejadian nya
dengan Nabi Adam a.s., kenabian dan beberapa mujizatnya, serta disebut pula
kelahiran Maryam puteri ‘Imran, ibu dari Nabi ‘Isa a.s.
Surah Al-Bakarah dan
Ali’Imran ini dinamakan “Az Zaharawaani” (dua yang cemerlang), kerana
kedua surah ini menyingkap kan hal-hal yang disembunyikan oleh para ahli
kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi ‘Isa a.s., kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w dan sebagainya.
Khatam terjemahan ayat-ayat Ali’Imran (1~200),
Sumber;
Subscribe to:
Posts (Atom)