Friday, June 26, 2015

Ulasan Surah Al-Ma'adah



 
AL-MAA’DAH (hidangan),
Surah Al-Maidah terdiri dari 120 ayat termasuk golongan surah Madaniyyah. Sekali pun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah, iaitu diwaktu haji wadaa’.
Surah ini dinamakan “al-Mai’dah” (hidangan) , kerana memuat kesah pengikut-pengikut setia Nabi ‘Isa a.s. meminta kepada Nabi ‘Isa a.s., agar Allah menurunkan untuk mereka Al-Maidah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan dengan “Al-Uqud” (perjanjian), kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini, dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba Nya memenuhi janji prasetia mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjia yang mereka buat sesamanya.
Dinamakan juga “al-Munqidaz”  (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini mengandung kisah tentang Nabi ‘Isa a.s.  Penyelamat pengikut-pengikut setianya dari azab Allah.


Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Maidah (1~120),
 
Sumber 2;

No comments:

Post a Comment