Friday, June 26, 2015

Ulasan Surah Al-Ma'adah



 
AL-MAA’DAH (hidangan),
Surah Al-Maidah terdiri dari 120 ayat termasuk golongan surah Madaniyyah. Sekali pun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Madinah, iaitu diwaktu haji wadaa’.
Surah ini dinamakan “al-Mai’dah” (hidangan) , kerana memuat kesah pengikut-pengikut setia Nabi ‘Isa a.s. meminta kepada Nabi ‘Isa a.s., agar Allah menurunkan untuk mereka Al-Maidah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan dengan “Al-Uqud” (perjanjian), kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini, dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba Nya memenuhi janji prasetia mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjia yang mereka buat sesamanya.
Dinamakan juga “al-Munqidaz”  (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini mengandung kisah tentang Nabi ‘Isa a.s.  Penyelamat pengikut-pengikut setianya dari azab Allah.


Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Maidah (1~120),
 
Sumber 2;

Surah 4 (An-Nisa)



Surah 4: 

AN-NISA’ (wanita),
Surah An-Nisa’ yang terdiri dari 176 ayat  itu, adalah surah Madaniyyah yang terpanjang sesudah surah Al’Bakarah.
Dinamakan An’Nisa kerana dalam surat ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubungan dengan wanita serta merupakan surah yang paing banyak membicarakan hal itu dibanding dengan surah yang lain. Surah yang lain yang banyak juga membicarakan tentang  hal wanita ialah surah At’Talaq.  Dalam hubungan ini biasa disebut surah An’Nisa dengan sebutan; “Surah An’ Nisa Al-Kubraa” (surah An’Nisa yang besar), sedang surah At’Talaq disebut dengan sebutan; “Surah An-Nisa Ash-Shughraa” (surah An’Nisa yang kecil).

Khatam terjemahan ayat-ayat  An-Nisa (1~176)(177)**

Surah 3 (Al-Imran)



Surah 3: 

ALI’IMRAN (keluarga ‘Imran),
Surah “Ali’Imran” yang terdiri dari 200 ayat ini adalah  surah “Madaniyyah”. Dinamakan Ali’Imran kerana memuat kisah keluarga ‘Imran yang didalam kisah itu disebut kelahiran Nabi ‘Isa a.s, persamaan kejadian nya dengan Nabi Adam a.s., kenabian dan beberapa mujizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri ‘Imran, ibu dari Nabi ‘Isa a.s.
Surah Al-Bakarah dan Ali’Imran ini dinamakan “Az Zaharawaani” (dua yang cemerlang),  kerana  kedua surah ini menyingkap kan hal-hal yang disembunyikan oleh para ahli kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi ‘Isa a.s., kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan sebagainya.

Khatam terjemahan ayat-ayat  Ali’Imran (1~200),
 
Sumber;